Saturday 26 March 2011

You all perasan tak dengan sesetengah couple tu, selalu sangat komplen pasangan dia? Tegur pasal lambat lah, tegur tentang berat badan lah, tak puas hati dengan tabiat dia lah…tak berpuas hati dengan segala-gala cara pasangannya.
Ini selalunya terjadi setelah beberapa lama bercinta lah. Awal-awal tak da punya. Semua ok, semua cantik…everything is great! Sebabnya…masih sayang, masih teruja. Jadi, kalau ada apa-apa yang tak berkenan dek kalbu tu…buat tak tahu je, telan pahit dan hempedu kerana cinta! :D
TAPI, setelah lama, setelah tahu luar dan dalam…slowly, pasangan anda mulai menegur itu dan ini. Ada je perkara yang tak disukainya, ada je komplennya. Pelik tak? Dulu ok je…dulu boleh terima, mengapa sekarang bosan la? tak serasi la? ada je yang tak puas hati, mengapa?
Apa yang bro nampak di sini, selalunya…pasangan itu cuba,
Mengubah pasangan masing-masing, mengikut cara dan kehendak hatinya yang mana difikirkan baik untuknya. Yang mana dirasakan betul baginya.
Mungkin betul tindakan anda, mungkin apa yang anda mahu dia berubah adalah baik untuk perhubungan anda. TETAPI, masalahnya…pasangan anda tu dah hidup sebegitu sejak dulu lagi…sejak sepanjang umur dia lah dia begitu…tiba-tiba anda bercinta dengannya dan dalam masa duk happy-happy tu, anda cuba mengubah dirinya!
Setiap orang tidak mahu dan tidak akan terima teguran anda setelah anda bercinta dengannya dan menerima caranya sedari awal lagi. Ianya seolah-olah, anda muncul menjadi Ibu Bapa yang asyik berleter dan menegur mereka! Semua orang mahu yang boleh jadi member dengannya…
Jika anda mahu kekal lama di dalam sesebuah perhubungan, jangan sesekali cuba untuk menjadi ‘Ibubapa’ kepada pasangan anda. Dia dah ada ibubapa dah…atau dia pernah ada orang tua yang selalu berpesan macam-macam, selalu melarang dari melakukan itu dan ini. dan dia pastinya tak mahu menambah seorang lagi ibu atau bapa seperti itu ;)
Melainkan…dia berubah setelah anda bersama itu lain lah. Contoh : Awal-awal dulu wangi dan harum je setiap kali bertemu, tapi sebab dah kenal lama, dah bercinta, so dah tak jaga…ITU WAJIB dITEGUR!, Pasangan anda pula, patut berubah!
TETAPI, jika anda sudah terima sedari awal, dari mula-mula dulu lagi dia gempal ke, betis besar ke, punggung besar, badan kurus sekeping, bersiap pun lambat, bercakap menderam kuat, sendawa depan orang ramai, suka mengata orang, badan hapak, nafas berbau, selekeh, kekampungan dan apa-apa sahaja yang anda anggap buruk…ANDA SEHARUSNYA TERUS KEKAL TERIMA DIA SEADANYA!!
Janganlah sibuk-sibuk nak menegur atau cuba untuk mengubahnya lagi, “Yang hang pi pilih yang macam tu dari awai lagi tu pasai apa? Pilih lah yang baguih punya….tu dia, sekarang nah…padan muka hang!” :D
Ramai yang menerima sahaja pasangan masing-masing tanpa mengambil masa untuk memikirkan terlebih dahulu, samada  sanggup kekal lama bersamanya walau baik atau buruk…

Sebenarnya, jika sedari awal anda boleh berjanji pada diri anda sendiri yang anda akan menerima si dia walau bagaimana keadaan sekali pun, maka perhubungan cinta anda pasti kekal buat selama-lamanya! …jika sebaliknya, lebih baik anda cari bukan yang sikit-sikit berkenan je tau…haaaaa, terus  cari yang betul-betul berkenan di hati, barulah ada ummphh!! :lol:

kisah cinta kami part3

hidup kami dah makin kembali normal skunk slps something yg terjadi.dah ok.kadang2 gaduh gk.biasa laa 2.lumrah hidup.huhuhu.
wlupun kmi xbnyk spent tyme sma2 skunk tp kmi still hepy.
hope smpi bila2 laa.
doakn untk kmi k...

Tuesday 22 March 2011

kelakar

 Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu kekadang gua nyayi kat lu lagu im yours..Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu! gua thu gua kerje x tetap
aweku tapi gua dah berazam taun 2011 nie gua nak keje noreh getah aweku pasl harga getah dh mahal skang
aweku gua harap ble lu dh bce surat yg gua tulis nie dgn kejujuran dan keiklasn dari hati gua yg berjiwe rock nie
gua harap lu boleh pikir dn memnilai harga sebuah cinta gua nie aweku.k la aweku gua nak chow dlu
psl gua ad kugiran mlm nie kat kt sekincnhn ala kat funfair 2 tauke funfair bg gaji rm15 ringgit kat gua..k aweku gua
chow dlu..

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati

Monday 21 March 2011

EGO SEORANG LELAKI

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.



Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…



Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.



“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.



Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.



Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.



Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.



Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.



“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”



Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.



Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.



Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.



“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.



Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.



Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.



Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.



“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap

dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.



Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.



“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.



“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.



Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!



Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.



Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.



Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.



Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.



Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Sunday 20 March 2011

kisah cinta kami part 2

9/2/2010

mlm 2 syakir ajak aku g mkn kt GM.aku pown ikowt laa.ps blik mkn trus aku msg kt syakir cm ni.

'awk..ps ni klo org tny sp sy awk ngaku jaa sy awek awk k'

sblum ni pown dia da mnx cple n dia da swuh aku tngglkn bf aku. aku pown wt kptusan clsh ngn bf aku.tp bkn sb syakir.tp sb aku ngn bf aku dah xserasi.
trkjut syakir aku msg dia cm 2.huhuhu... .dia pown stju. n kmi declair laa as couple.

wahh!! hepy gila2.. 9/2/2010 (8.45) xkn aku lupa.aku yakin syakir ly wt aku bhgia.tw x np?? sb tyme kmi g penang aku trtido ats bhu dia.aku pns gila aku trjaga tp mls nk buka mta.syakir plak mati2 ingt aku tido.then aku trdgr syakir ckp smbil usap2 rmbut aku.. (romantiknya.. .)

'awk..klu sy dpt awk sy xkn sakitkn ati awk.sy akn bhgiakn awk.sy xkn kcwakn awk.2 jnji sy.tlg laa tima sy'

syahdunya dgr dia ckp cm 2.terharunyaa..cm nk nangis jaa.tapi tahan laa.nnt kntoi plak aku x tido..
aku dah jnji ngn diri aku. . 
DIA MEMAMG BUKAN YG PERTAMA TP DIA ADALAH YG TERAKHIR..
lve u smpi mati..

                                                                                   ~fiza~

kisah cinta kami part1

pas habis kelas aku terus balik kamsis.tyme 2 sem 1.kena laa duk kamsis.huhuhu... .smpai kmsis jaa terus aku naek bilik aku.penat! ssmpai jaa dlm bilik terus aku baring atas katil.fuhh..lega.tgh2 feeling baring tba2 perut aku lak berbnyi. 2 tndanya aku tersgt lapar. so aku pown buat kputusan untk turun ke cafe untuk beli makanan.aku ajak roomate aku turun.sp roomate aku??? xyh tau laa.semak otak jaa tau..(kejamnyaa)

sambil jln aku ngn roomate aku sembg2 laa.biasa laa dak pompuan.klo x gosip xlngkp hidup.tiba2 aku ternmpk laa sekumpulan pljr nieyh jln nk balik kmsis.aku buat x tw jaa la.sb aku bknnya knl pown.tba2 aku da nmpk sorg mamat ni.tersenyum2.ntah pew2 laa mamat 2.aku wt dont know jaa.buang msa jaa tgok dia.gpown tyme 2 aku dh cple.so xperlu laa gtai2 lg.hik3.. .
smpai jaa kt cfe trus aku terjah ayam.wow! sdpnyaa.. .khusyuk2 aku mnyotong ngn aym 2 tba2 da sorg laki dtg kt aku ngn muka slumbernya. 'nk pew laa laki ni' ckp aku sorg2 dlm hti.hahahaha.. .bermonolog skjap.laki 2 bersuara ngn suara gntlemnnya.dia ckp kt aku cm ni......................
laki :awk.da org nk knl ngn awk.dia mnx no fon awk
aku : sp??
laki :laki yg duk ats krusi yg hjung 2.
aku : xyh laa.xknl pown. (pdhl wt2 tgok muka laki 2 jaa.xnmpk pown org yg mnx no 2.rabun..huhuhu)
laki : dia nk knl ngn awk jaa.kasi laa.
aku :ermm..swuh dia kasi no dia.nnt sy mckol sb sy xingt no sy. (alasan jaa 2)

then laki 2 ckp pew nth lg.aku xdgr dia ckp pew sb tyme 2 aku sembg ngn kwn aku.laki 2 bengang kowt kt aku sb x lyn dia.dia trus blah pegi kt mja yg mamat yg mnx no aku 2 duduk.otw aku nk balik bilik,tba2 da suara pngey aku.sp plak ni??dah laa pns.pngey2 plak. rupa2nya mamat td.nk pew lg laa mamat 2.dia just nk kasi aku tisu.so aku amik jaa la tisu 2.sbnrnya kt tisu 2 da no fon mamat yg mnx no aku 2.owhh..nma mamat 2 syakir.ermm.. .ps tgok tros aku ltk tisu 2 dlm sweater aku.mls nk tgok lma2.

selang 3hari,tyme aku ngh wt kja,tgn aku kotor.aku perlukn tisu.so aku tringt tisu yg mamat 2 kasi.aku nk guna tsu 2 tp roomate aku x kasi.dia swuh aku mckol no si syakir 2.aku pun ikowt laa ckp dia.dah cm kna pukau. aku mckol skali jaa.si syakir 2 terus cl aku.borak2 ngn aku.best gak borak ngn dia.kbtuln tyme 2 aku ngh problm ngn bf aku.tp tyme 2 aku xda prsaan pew lg kt syakir.just cm kwn biasa jaa.ps mnyotong2 ngn dia kmi mkin rpt.fly kmsis g penang sma2. round2 penang.pnt mnyotong dlm fon, kmi pown wt kputusn dating kt luar.kt ipoh prde.then g gm.krke.sdp gk sora si mamat 2. best gk ngn si syakir ni.bf aku??lantk dia laa.dia sgt mmbosankn. wahh!! hidup aku mkin bunga2.. . suka3... .



                                                                                             ~fyza~

andai kau tahu

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.